Saturday 13 October 2012

IKAN TERUBUK BAKAR

WOWW !! Terubuk Bakar ...

 Ikan terubuk (Shad) satu-satunya ikan yang banyak minyak dan banyak tulang.
SANGAT LA SEDAP!!
Kalau tahun-tahun 1980an ikan terubuk ni harganya lebih kurang 18 ringgit seekor...
kemudian sekitar 1990an harganya menjadi sekitar 25 ringgit sekilo dan
sekarang 2012, harga sekilo terubuk RM35 (TIGA PULUH LIMA RINGGIT!!)..

Terubuk  dari Laut Andaman atau Siam  besar-besar dan ianya tidak sama dengan  terubuk Sarawak.
Terubuk Sarawak sedap dimasinkan.

Kalau nak beli terubuk, pilih yang  kulitnya cerah atau putih  dan
 bahagian perutnya lebar ! Dan sudah tentu pastikan ianya segar!!

Terubuk Segar
Ikan terubuk besar ini sedap kalau di panggang... kalau orang utara sebut
  terubuk "bakar.."
Kadang-kadang aku  goreng, syaratnya goreng dengan kulit sekali. Setengah orang suka masak asam tumis... Walau bagaimana pun pilihan kami sekeluarga ialah bakar (panggang) atau goreng. Simple/ mudah dan sedap!!
Pelengkapnya ialah air asam & nasi panas... wow..wow..wow!!



Sedap sangat !!
1 ekor ikan terubuk saiz besar
1 sudu besar garam kunyit

Cara:
1. Bersihkan ikan & belah dua
2. Sapukan garam kunyit
3. bakar di atas bara api & angkat hidangkan bersama air asam ..



       Air asam:
7 biji cili padi - potong
3 biji cili besar merah - potong
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji limau nipis -  perah diambil air
1 inci  belacan - dilarutkan bersama 3 sudu besar air
3 sudu besar air asam jawa pekat
garam & gula secukup rasa

Cara : Campurkan semua bahan dan pastikan rasanya sesuai, mesti ada masam, manis pedas.!!





Mai Sepinggan !!
jangan makan sorang diri..










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...