Thursday 11 October 2012

KARI REBUNG MADU IKAN TENGGIRI (GULAI)

Rebung Madu !

Kalau orang Perlis atau Kedah  rebung boleh dibuat kari. Rebung kecil atau rebung madu. Biasanya di negeri-negeri utara kari ialah GULAI. Rebung ini boleh dikari bersama ikan puyu, ikan tenggiri, tulang, daging atau ayam kampung.

Rebung Madu
Bahan-bahannya:


5 keping ikan tenggiri
10 ketul rebung madu
5 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes pekat denngan campurkan 1/2 cawan air
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu ten halba campur
4 sudu besar air asam jawa pekat
garam secukup rasa
600 ml  santan sederhana pekat
6 sudu besar minyak masak

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk  tumiskan bawang  dan halba campur sampai kuning.
2. Masuk rempah kari, daun kari dan kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan santan, rebung dan ikan.
4. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
5. Pastikan ikan, rebung masak. Tutup api.
(pastikan santan tidak pecah minyak)


Kari Ikan Tenggiri dengan Rebung Madu 
BEST!!




          Mai Sepinggan !!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...