Monday 28 January 2013

ACAR TIMUN MENTAH

Acar Timun Mentah - biasanya dijadikan kondimen yang wajib bila kita hidangkan nasi dagang, nasi minyak, nasi biryani, nasi tomato, nasi hujan panas ...... atau nasi putih biasa pun sedap.

Resepi menyediakannya amat mudah sekali tetapi harus ada keseimbangan rasa masam manisnya. Perlu juga diambil kira timun dan nanasnya. Kalau nak sedap biarlah pilih timun dan nanas yang berkualiti sikit..

Jom kita buat acar timun mentah....



Bahan-bahannya:

1/4 biji nanas Sarawak
1 biji timun 
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
4 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya:
  1. Bersihkan nanas, buangkan matanya  dan hiris nipis-nipis.
  2. Bersihkan timun, belah dan buangkan biji & potong memanjang.
  3. Bersihkan cili dan hiris nipis-nipis.
  4. Kupas bawang , belah empat dan potong nipis-nipis.
  5. Campurkan semua bahan sayuran di atas dalam bekas.
  6. Masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  7. Hidangkan!



Mai Sepinggan!!


2 comments:

  1. Terima kasih Cik Maryati. Saya gunnakan your Acar Buah-buahan recipe dan sunguh sedap rasanya. Keluarga saya sangat suka masakkan ini.
    Carina, Penang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...