Wednesday 20 February 2013

AYAM MASAK MERAH

Owhh....Hari ini aku  masak Ayam Masak Merah. Sedapnya! Resepi aku ni adalah yang paling simple. .. tapi rasanya sedap sangat !!!


owh.... sedapnya!!!

Jom masak ayam masak merah...

Bahan-bahannya:

8 ketul paha ayam diperap dengan garam kunyit
10 biji cili kering dimesin
3 sudu besar  sos tomato
2 labu bawang besar - potong bulat-bulat
4 ulas bawang merah - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci kulit kayu manis
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ayam & menumis

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan kulit kayu manis.
  3. Masukkan cili mesin dan kacau sehingga naik minyak, masukkan tomato sos.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan bawang besar potong.
  6. Masukkan ayam yang digoreng tadi.
  7. Angkat dan hidangkan. 
tak ada kacang pis & letak je daun bawang.
                                      

* jika suka boleh masukkan kacang pis 
* jika suka pedas lebihkan cili kering





Mai Sepinggan!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...