Saturday 13 April 2013

CUCUR JEMPUT MANIS

Ada bermacam-macam jenis jemput-jemput... 
Kalau orang utara panggil cucoq .. ada cucoq jemput-jemput pisang... ada jemput-jemput manis @ tepung atau kadang-kadang orang panggil cucoq bom.

Kalau nak buat cucoq, paling pandai kak CHAQ la... memang bagus punya. 

Minggu lepas dia mai ke 16P4 sambil bersembang  dok tak dok,  tengok-tengok siap dah cucoq ini..

Jemput-jemput manis
Bahan-bahannya:

6  cawan tepung gandum

1 cawan gula
1 bungkus yis mauripan
1/2 cawan air suam untuk melarutkan yis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya:

  1. Larutkan yis dengan air suam.
  2. Ayakkan tepung gandum, masukkan gula dan garam secukupnya.
  3. Masukkan larutan yis dan sedikit air sehingga menjadi adunan yang pekat.
  4. Perapkan setengah jam sehingga adunan naik.
  5. Gorengkan dalam minyak banyak.
  6. Angkat, toskan dan hidangkan ....
Adunan tepung yang siap untuk digoreng

Minyak yang bersih aromanya sedap...

Toskan untuk menghilangkan lebihan minyak 




Mai sepinggan !!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...