Wednesday 3 April 2013

RUMPAI LAUT KERABU NANAS

Bila Idah telefon dari Sabah bagi tau pasal rumpai laut, hmmmm rasa teruja nak try... tapi nak buat apa dengan rumpai laut banyak-banyak? Dia kata, "....akak boleh rebus, minum air, buat kerabu atau jual.... mmm.. menarik!



Rumpai laut Sabah yang kering

Bila bungkusan dari Sabah ni sampai, nampak macam sikit je... tapi bila rendam wow - wow - dapat banyaknya...



Selepas direndam

Macam-macam cerita tentang rumpai laut ini... kalau nak cantik, kalau nak sihat, kalau nak kulit licin, kalau ada sakit lutut, ...kalau nak turunkan kolestrol... macam-macam cerita...tapi nak masak macam mana? 

Teringat pesan Idah, buat kerabu kak, kat Sabah sekarang ni rata-rata orang buat kerabu... apatah lagi bila ada kenduri-kendara, sekarang ni kerabu rumpai laut menjadi juadah hidangan...

Hari ini aku cuba buat kerabu rumpai laut...

Jom buat kerabu rumpai laut Sabah..

Bahan-bahannya:

3 tangkai rumpai laut - di bersihkan/ direndam hingga kembang & potong
1/2 biji nanas masak dipotong dadu - kalau nanas Sabah dah pasti  manis tak terkira
1 biji cili merah -  potong  (kalau suka pedas guna cili api)
1 biji tomato di potong dadu - kalau guna tomato cheri lagi sedap
1/2 bawang besar - dipotong dadu
1 helai daun limau purut dihiris halus
udang kering @ udang geregau secukupnya
garam & gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. 
  2. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  3. Hidangkan.

yummy..



Mai Sepinggan 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...