Friday 31 May 2013

NASI AYAM

Nasi Ayam...



NASI AYAM - kadang-kadang terasa teringin makan nasi ayam, gerai di Melawati banyak jual nasi ayam... Nasi ayam Linda Onn pun ada. Macamana pun aku lebih suka masak sendiri. Sebabnya satu sahaja - tak tahan dengan perencah @ perisa yang diguna - terasa sangat ajinomotonya.

Apa tunggu lagi...Hari ni kita masak nasi ayam yang mudah tapi sedap !!

 JOM!!

Nasi ayam + sos cili + kicap :)
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam bersihkan - jangan potong 
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 tangkai daun bawang
1/2 biji timun
2 biji tomato
4 helai daun salad
garam, lada sulah, 
minyak untuk menggoreng ayam 
300 gm beras panjang

Cara-caranya:

  1. Bersih dan toskan beras.
  2. Masakkan air secukupnya dalam periuk untuk merebus ayam. Pastikan air dapat menenggelami ayam.( Untuk masak nasi dan sup)
  3. Masukkan halia dan rebus sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, rebus sebentar lebih kurang 20 minit dan keluarkan ayam.
  5. Toskan ayam, kemudian perapkan dengan kicap cair dan pekat selama satu jam.
  6. Gorengkan ayam sehingga kuning-kekuningan.
  7. Tapiskan air rebusan ayam tadi  dan jerang semula dan perisakan.
  8. Bahagikan air rebusan ayam kepada dua bahagian, satu untuk masak nasi dan satu untuk sup.
  9. Masak nasi seperti biasa menggunakan air rebusan ayam.
  10. Bila siap, hidangkan bersama daun salad, timun, tomato, sos cili dan sup.
Bahan untuk sosnya:

6 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
garam, gula, cuka secukup rasa
* Semua bahan-bahan di atas dimesin .




Ayam yang diperap kicap dan digoreng 



Mai Sepinggan !!






Thursday 30 May 2013

TAUHU SUMBAT

Tahu adalah sejenis makan yang menjadi kemestian bagi masyarakat di Pulau Jawa. Kalau di Kota Bandung, tahu dari daerah  Sumedang dikatakan sebagai tahu yang paling sedap - enak. Biasanya tahu ini digoreng dan  dihidangkan bersama cabai melaka/ cili padi.

Tahu Sumedang 


Tahu Sumedang


Tahu Sumbat - paling simple saja. Beli tauhu, goreng dan sumbatkan sayur-sayur ke dalam tahu tadi.
Aku suka tahu sumbat dengan kuah kacang, atau boleh juga cecah dengan sos cili

Bahan-Bahannya:

6 biji tahu - digoreng dan dibelah melintang 
1/2 biji karot diparut memanjang
1/4 sengkuang diparut memanjang
1/2 biji timun diparut memanjang
1 cawan taugeh dicelur (jika suka)

Cara Menyediakan:

  1. Gaulkan semua sayuran yang diparut.
  2. Belahkan tahu & sumbatkan sayuran kedalamnya.
  3. Hidangkan .


Tahu Sumbat 

Tahu Sumbat 



Mai Sepinggan !!



GEMBLONG - SAJIAN DARI KOTA BANDUNG

Hello, lama sudah aku tidak menulis di sini. Hmmm, mencuri masa membawa hati yang lara ke Bandung - Kota Kembang Bunga...Kota pelancungan yang hebat! Dalam kedinginan pagi,  kesibukan dan kepadatan penduduknya melakar  seribu satu peristiwa.

Apabila perut berkeriuk-keriuk kelaparan, tidak menjadi masalah kerana pagi-pagi hari  penjaja-penjaja makanan berada di mana-mana. Aku tertarik dengan penjaja GEMBLONG KETAN. Baunya dan rupanya saja terus memikat selera...

Gemblong


Gemblong Pulut

Bahan Untuk Gemblong:

200 gm tepung pulut
100 gm kelapa parut kasar
1/2 gm sudu teh garam
125 ml santan dari 1/2 biji kelapa - dipanaskan
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk menyalut:

100 gm gula pasir
100 gm gula merah
150 ml air
2 helai daun pandan, disimpul

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan tepung pulut, kelapa parut kasar dan garam.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambil adunan sesudu besar dan bentukkan bulat bujur.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  5. Angkat dan dinginkan.
  6. Menyadur: Panaskan gula pasir, gula merah, air dan daun pandan sehingga kental.
  7. Celupkan gemblong sehingga berbalut dengan air gula pekat. Keringkan.



Mai Sepinggan !!


Tuesday 7 May 2013

LAKSA PERLIS

Laksa?
Laksa !
Hmm orang utara mesti makan laksa. Hari raya pun ada laksa. Setiap negeri ada laksa dan masing-masing akan berbangga dengan laksa dari negeri masing-masing... Bagi aku  laksa Johor, laksa Pahang, laksa Kelantan, laksa Penang semuanya sedap dan Laksa Perlis pun sangat sedap..

Apa istimewanya Laksa Perlis?
Mmmm, kuahnya pekat2 gitu... dan laksa kalau di Perlis dibuat sendiri dipanggil laksa beras.

Nak buat laksa tak susah.... senang saja..

Jom buat laksa!

Bahan untuk laksa:

  1. Satu bungkus laksa - rendam sehingga kembang
  2. Rebus dalam air banyak hingga lembut - angkat dan toskan 



Laksa 

Bahan untuk ulam-ulaman:

  1. Timun - dihiris halus
  2. Cili padi - dihiris halus
  3. Daum selom -dihiris halus
  4. Bawang besar - dihiris halus
  5. Telor - direbus dan dibelah dua


Ulam-ulam laksa cili padi, timun, daun selom, telor

Bahan untuk kuah:

2 kg ikan kembong atau ikan sardin - dibersihkan & rebus 
20 biji cili kering - dibuang biji dan dimesin halus 
3 labu bawang besar - dimesin
2 kuntum bunga kantan 
6 tangkai daun kesum
garam/ asam keping secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Buangkan tulang-tulang ikan rebus. Asingkan isi dan tulang
  2. Mesinkan isi ikan sehingga halus dan masukkan dalam periuk.
  3. Mesinkan semua tulang ikan tadi dan tapis - buang tulang & ambil isi.
  4. Campurkan semua isi ikan bersama semua bahan yang dimesin di atas tadi.
  5. Masukkan air - 3 liter ( kalau saya suka pekat)
  6. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan masakkan di atas api.
  7. Masukkan garam dan masakkan sehingga mendidih. 
  8. Angkat dan hidangkan.

Note:
 Laksa Perlis sangat simple dan jangan masukkan serai atau lengkuas atau udang kerana ia tidak dibuat oleh orang Perlis :)



Ulaman - daun selom, bawang, timun, cili padi
kalau ada pucuk putat ...


Hmmmm... laksa! oh laksa!


Mai Sepinggan!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...