Friday 31 May 2013

NASI AYAM

Nasi Ayam...



NASI AYAM - kadang-kadang terasa teringin makan nasi ayam, gerai di Melawati banyak jual nasi ayam... Nasi ayam Linda Onn pun ada. Macamana pun aku lebih suka masak sendiri. Sebabnya satu sahaja - tak tahan dengan perencah @ perisa yang diguna - terasa sangat ajinomotonya.

Apa tunggu lagi...Hari ni kita masak nasi ayam yang mudah tapi sedap !!

 JOM!!

Nasi ayam + sos cili + kicap :)
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam bersihkan - jangan potong 
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 tangkai daun bawang
1/2 biji timun
2 biji tomato
4 helai daun salad
garam, lada sulah, 
minyak untuk menggoreng ayam 
300 gm beras panjang

Cara-caranya:

  1. Bersih dan toskan beras.
  2. Masakkan air secukupnya dalam periuk untuk merebus ayam. Pastikan air dapat menenggelami ayam.( Untuk masak nasi dan sup)
  3. Masukkan halia dan rebus sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, rebus sebentar lebih kurang 20 minit dan keluarkan ayam.
  5. Toskan ayam, kemudian perapkan dengan kicap cair dan pekat selama satu jam.
  6. Gorengkan ayam sehingga kuning-kekuningan.
  7. Tapiskan air rebusan ayam tadi  dan jerang semula dan perisakan.
  8. Bahagikan air rebusan ayam kepada dua bahagian, satu untuk masak nasi dan satu untuk sup.
  9. Masak nasi seperti biasa menggunakan air rebusan ayam.
  10. Bila siap, hidangkan bersama daun salad, timun, tomato, sos cili dan sup.
Bahan untuk sosnya:

6 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
garam, gula, cuka secukup rasa
* Semua bahan-bahan di atas dimesin .




Ayam yang diperap kicap dan digoreng 



Mai Sepinggan !!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...