Tuesday 30 July 2013

FLORENTINE

Florentine ... mmm, diperkenalkan dalam kelas baking tahun lepas, tapi malas nak buat.. tetiba nak raya dapat mood baru untuk buat sendiri.

Aku beli premix ni di Bagus dan sangatlah senang nak buatnya.

Percayalah, ianya senang sangat !!

Premix ni dulu RM20 dah jadi RM26.90 
Jom ber- Florentine!! 

Bahan-bahannya:

150 gm Bienetta 
100 gm almond
20 gm biji bunga matahari
20 gm biji labu
1 sudu bijan putih & bijan nitam

Cara menyediakannya:
  1. Campur semua bahan di atas.
  2. Taburkan dengan rata dan nipis di atas tray pembakar yang berlapik.
  3. Bakar pada suhu 180' selama 10 minit.
  4. Angkat dan potong semasa ianya panas.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Senangkan? 

Dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara 

segi empat atau bulat atau panjang  ikut cita rasa

Crispy and Yummy!

sekeping tak Cukup!!
3 keping pun tak mungkin cukup !!

Mai minum dengan nescafe panas !

Enak dimakan depan tv !!!


Pelbagaikan : Boleh juga gunakan apa-apa kacang yang kita suka, hazel pun okey, juga boleh tambah Chia seeds..


Mai Sepinggan !!




Monday 29 July 2013

KUEY TEOW GORENG

Kuey Teow goreng - kegemaran keluarga.... alangkah puasnya hati jika dapat masak kuey teow untuk keluarga. Resepi turun temurun, biasanya tak ada pantang larang apa pun kuey teow ni.. makan pagi, makan tengah hari, makan malam.....

Ini adalah resepi kuey teow goreng pilihan keluarga ku...



Kuey Teow Goreng 


Bahan-bahannya: 

350 kuey teow goreng - dileraikan 
2 batang sawi - dipotong
5 batang kucai
6 ekor udang basah (aku guna saiz sederhana)
50 gm kerang
1 keping fish kek
1/2 cawan taugeh
2 sudu cili kering yang ditumis menjadi pes
2 biji telur
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk 
2  sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar kacang tanah yang ditumbuk halus

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan kuali, tumis bawang yang sudah ditumbuk sehingga kuning.
  2. Masukkan pes cili, udang dan kerang, kacau hingga masak.
  3. Masukkan kuey teow dan sawi dan kacau.
  4. Perasakan kicap pekat dan kicap cair.
  5. Masukkan telur dan kacau.
  6. Masukkan kacang tanah, taugeh dan sawi. 
  7. Kacau hingga sebati.
  8. Angkat hidangkan  hidangkan panas-panas...


Mai Sepinggan !!




Monday 22 July 2013

SUSHI

Nak cari sushi halal memang susah... cari punya cari di Mid Valley, nampak sos dan tahunya yang dijual di Jusco Mid Valley ada tanda halal JAKIM. Hah, apa lagi, bila balik rumah sehari semalam meng "google" mencari resepi yang mudah dan senang diikut...rupa-rupanya kat kampit beras dah ada tertera resepinya!

Akhirnya... terciptalah sejarah membuat sushi buat pertama kali di16P4...

Beginilah resepinya yang aku ikut daripada beras cap Sumo (Calrose Rice)


Beras Jepun 
Bahan-bahannya:

1 cawan beras Sumo Calrose 
2 cawan air

* Masakkan dalam Rice cooker dan apabila masak, biarkan selama 10 minit.

Sumo calrose rice

Cara menyediakan Hand-rolled Sushi:


1. Campurkan 3 cawan nasi beras Jepun dengan sos perasa (cuka dicampur gula)

2. Sendukkan nasi dan ratakan di atas kepingan nori
3. Letakkan kepingan salmon, zuchini atau apa-apa sayuran yang digemari

4. Gulungkan sushi menjadi bentuk selinder

5. Potong sehingga selesai 
Sedap!


Cantik 


5. Isikan nasi Calrose ke dalam tahu Jepun dan letakkan salmon atau telur dadar

Susun dan hidangkan 

Hidangkan bersama sos sashimi

Sos sashimi, wasabi dan jeruk halia



Mai Sepinggan !!


Sunday 21 July 2013

PUDING ROTI KESUKAAN KU

Puding Roti...paling best puding roti ni ialah yang banyak kismis... ditambah lagi kalau sos nya yang pekat2 gitu, berperisa vanila ...

Puding Roti
Paling best Puding Roti ni ialah yang disediakan oleh Kak Yam, yang cafenya beroperasi dekat bangunan pentadbiran UKM ... dulu-dulu masa student selalu lepak2 sarapan, makan tengah hari dan  minum petang di sana. Sekarang ianya sudah tak ada lagi dan Kak Yam menguruskan kantin di wad Pediatrik HKL pula...

Jom buat puding roti resepi Kak Yam yang paling mudah....

Bahan-bahannya:

500 gm roti (roti kelmarin dulu kata orang Perlis)
125 gm gula pasir
125 gm kismis/ sultana ( aku tambah 5 aprikot yang dihiris2)- boleh guna apa2 buah
1/2 sudu teh mix spice
75 gm butter
2 biji telur
125 ml susu cair

Cara menyediakannya:

  1. Rendam roti dalam susu cair sehingga lembut.
  2. Pindahkan roti ke kaserol dan susun cantik-cantik ( lapiskan dengan kismis).
  3. Pukul telur bersama gula sehingga hancur dan masukkan ke dalam baserol.
  4. Pastikan roti  sebati dengan telor.
  5. Susunkan aprikot dantaburkan butter, gula pasir di atasnya.
  6. Bakar dalam ketuhar sederhana panas selama lebih kurang 1 jam.
Bahan sosnya:

1 sudu tepung kastad dicairkan  dengan 1/2 cawan air - kacau di atas api sehingga agak pekat dan masukkan 1/2 cawan susu ideal, 2 sudu gula dan 1/2 sudu teh vanilla...





Mai Sepinggan !!



Puding roti dan sos kastad/ vanila 

Saturday 20 July 2013

REBUNG MADU SAYUR MANIS UBI KELEDEK

Cuti-cuti zaman dulu-dulu dan berkumpul adik beradik untuk makan tengah hari, menu yang mesti ada ialah sayur manis rebung dengan bayam dan ubi keledek. 

Di samping itu ianya tak sah kalau tak dak ikan temenung bakar cecah cili kicap dan bawang,
 diletak sikit air limau nipis...
Kat Kuala Lumpur, mana nak cari rebung segar. Kalau di pasar tani atau pasar malam, depa jual rebung masam yang baunya amat menggerunkan....

Sekarang aku dah tanam pokok buluh sendiri kat belakang rumah... jadi nak dapat rebung dah tak ada masalah :)


sayur rebung dengan keledek

Jom masak sayur manis rebung ;

Bahan-bahannya:

1 mangkuk rebung segar - dicincang halus.
1 ketul ubi keledek - dibersihkan, kupas dan potong kecil
1 sudu besar  udang kering atau ikan bilis
3 tangkai daun bayam
1/2 inci belacan
2 ulas bawang merah - dimayang
1 liter air
garam secukup rasa 

Cara Menyediakannya:

  1. Rebus rebung yang telah dicincang sehingga airnya tinggal separuh dan hilang pahitnya.
  2. Masukkan belacan dan bawang merah dan udang kering.
  3. Masukkan daun bayam dan garam
  4. Biarkan sehingga bayam lecur.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi dan ikan bakar.

Mai sepinggan !!


Monday 15 July 2013

PULUT KUKUS IKAN SEPAT KEDAH

Kalau zaman dulu-dulu, sarapan pagi orang Utara antaranya ialah pulut kukus dengan ikan masin atau ikan sepat. Temannya ialah kopi O.... huh mengancam sungguh...


Pulut Kukus Ikan Masin
Senang sangat !!

Bahan-bahan:

1/2 kg Beras pulut (kita guna pulut susu)
1/2 biji kelapa parut digaramkan secukup rasa 
Ikan masin ( boleh guna ikan sepat, ikan talang  atau apa-apa je yang dapat membuka selera)

Cara menyediakannya:
  1. Rendam pulut susu selama 1/2 jam.
  2. Kukus sehingga masak.
  3. Angkat dan hidangkan bersama kelapa parut


Mai Sepinggan !!

Sunday 14 July 2013

CREME BRULEE


Crème Brûlée... Yes, it is crème brûlée  and   I’ve never had crème brûlée in my life, but I’m sure that I can find a good recipe for  me to try! I found this Ina Graten's recipe and it is EASY ! Super easy and it is so yummy!

 Tasty little custard treats with the caramelized sugar on top! 






Jom buat crème brûlée :

Bahan-bahannya:

1 biji telor - saiz besar
4 biji telor merah - (saiz besar)
1/2 cawan gula pasir dan 1 sudu tambahan untuk setiap satu ramekin
3 cawan krim
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh orange

Cara menyediakannya:

Panaskan oven 180'C.
  1. Putarkan semua telur dan gula sehingga sebati.
  2. Panaskan krim tetapi jangan sampai mendidih.
  3. Tuangkan krim ke dalam telur.
  4. Masukkan vanila dan perasa orange.
  5. Masukkan adunan kedalam ramekin.
  6. Letakkan ramekin ke dalam dulang pembakar.
  7. Tuangkan air mendidih sehingga separuh ramekin.
  8. Bakar selama 35 hingg 40 minit sehingga puding beku. Angkat dan sejukkan.
  9. Masukkan ke peti ais yntuk menyejukkannya.
  10. Untuk menghidang, taburkan gula dengan rata di atas setiap crème brûlée.
  11. Gunakan "kitchen blowtorch" untuk panaskan gula sehingga  menjadi karamel.
  12. Biarkan seketika sehingga karamel menjadi keras.
  13. Hidangkan....















Kitchen blowtorch baru dapat :)


Mai Sepinggan !!

Friday 12 July 2013

BILIS GORENG BERLADA

Salam, bulan puasa ni tetiba banyak pula dapat ikan bilis. Cantik-cantik dan hensem-hensem pulak tu.. Terima kasih adik-adik,  Idah dan Matnin yang bersusah payah menerbangkan bilis dari Kota Belud, Sabah ke Kota Raya Metropolitan Kuala Lumpur.. 

Oppss tidak ku lupa..terima kasih Sai, kerana meredah malam dengan LRT ke 16P4...

Bilis yang sudah dibersihkan

Hari ini kita goreng bilis berlada :)
Jom..

Bilis Goreng Berlada 

Bahan-bahannya:

2 cawan ikan  bilis - dibersihkan dan belah dua - goreng dengan minyak 
1/2 cawan cili mesin
1/4 cawan kacang tanah - goreng dengan minyak 
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 helai daun limau purut
1 keping kecil asam gelugor
2 sudu besar gula
minyak untuk menggoreng bilis dan menumis
garam  secukup rasa

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan kuali dan goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan sejukkan. ( Jangan hangit ya! )
  2. Dalam kuali yang lain, panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bawang- sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili mesin dan daun limau purut, asam keping dan masak sehingga naik minyak
  4. Masukkan gula - kalau tak suka manis, jangan letak banyak.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Bila cili sudah pekat dan sebati dengan gula, tutup api.
  7. Kacau dan biarkan sejuk seketika.
  8. Masukkan ikan bilis dan kacang yang digoreng tadi dan gaul sehingga rata.
  9. Biarkan ia betul-betul sejuk dan simpan dalam botol kedap udara.

Boleh simpan semingggu lebih :)

Nota:

Kalau suka boleh juga ditambahkan dengan  tempe goreng atau kentang cip 



Mai Sepinggan !!

BOTOK IKAN TENGGIRI

Botok ! Botok ikan Tenggiri. Aku mula kenal Botok ni bila Kak Saadiah perkenalkannya kepada semua kawan-kawan di tempat kerja. Kak Saadiah bagi aku sebungkus... bersama resepinya..

Jeng ..jeng...dan aku pun mula belajar menyediakan botok...okeylah tak la susah pun...cuma bungkusannya tak berapa cantik. Perlu berlatih lagi !

Bahan untuk dimesin:

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu besar jus asam jawa
secubit jintan manis, ketumbar dan lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Daun-daun untuk ulam:
6 helai pucuk bebuas
6 helai daun kadok
6 helai pucuk ubi kayu
6 helai pucuk mengkudu
3 helai daun cekur
2 helai daun kunyit dihiris halus
4-5 sudu besar pati santan

3 keping ikan tenggiri
3 sudu besar rempah kari ikan

Daun pisang untuk membungkus - potong selebar 8 inci dan di layur

Cara Menyediakannya:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Campurkan bahan yang dimesin dengan serbuk kari.
  3. Masukkan garam, gula, air asam jawa, daun kunyit, pati santan dan digaul rata.
  4. Bahagikan ulaman kepada 3 bahagian dan susun berasingan di atas daun pisang (untuk dijadikan 3 bungkus)
  5. Letakkan rempah yang digaul tadi di atas pucuk-pucuk ulam, diikuti dengan ikan.
  6. Tutup ikan dengan rempah dan ulam serta bungkus.
  7. Kukus sehingga masak ( lebihkurang 15 - 20 minit)
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


Mai Sepinggan!!




KARI KEPALA IKAN JENAHAK

Perghhhhhh...... kari kepala ikan Jenahak! Tiada apa-apa lagi yang perlu diceritakan, jikalau nak masak kari (gulai) aku takkan tinggalkan apa yang emak ajar dari kecil.. memang kari orang Perlis adalah yang terbaik ! Mintak maaf ye, :)

Antara kepala ikan yang paling best nak buat kari ialah ikan jenahak, ikan nyok-nyok dan ikan gerut-gerut. Kalau di Sabah kepala ikan putih atau ikan merah  pun kira ok.

Jom buat kari kepala ikan jenahak.....


Bahan-bahannya:
1 biji kepala ikan Jenahak - dibelah 2 dan dibersihkan 
6 sudu besar rempah kari ikan dibancuh dengan 1 cawan air jadikan pes pekat
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu ten halba campur
4 sudu besar air asam jawa pekat
garam secukup rasa
600 ml  santan sederhana pekat
6 sudu besar minyak masak
8 biji kacang bendi
6  sudu besar minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan bawang yang ditumbuk dan halba campur sampai kuning.
  3. Masuk rempah kari dan daun kari dan kacau hingga naik minyak.
  4. Masukkan santan dan kepala ikan.
  5. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan kacang bendi.
  7. Masakkan hingga mendidih. (pastikan santan tidak pecah minyak)
  8. Tutup api, angkat dan hidangkan.


Mai Sepinggan !!

Kenangan ku:
Alangkah indahnya sewaktu pertama kali aku menyediakan kari untuk mu.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...