Friday 12 July 2013

BOTOK IKAN TENGGIRI

Botok ! Botok ikan Tenggiri. Aku mula kenal Botok ni bila Kak Saadiah perkenalkannya kepada semua kawan-kawan di tempat kerja. Kak Saadiah bagi aku sebungkus... bersama resepinya..

Jeng ..jeng...dan aku pun mula belajar menyediakan botok...okeylah tak la susah pun...cuma bungkusannya tak berapa cantik. Perlu berlatih lagi !

Bahan untuk dimesin:

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu besar jus asam jawa
secubit jintan manis, ketumbar dan lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Daun-daun untuk ulam:
6 helai pucuk bebuas
6 helai daun kadok
6 helai pucuk ubi kayu
6 helai pucuk mengkudu
3 helai daun cekur
2 helai daun kunyit dihiris halus
4-5 sudu besar pati santan

3 keping ikan tenggiri
3 sudu besar rempah kari ikan

Daun pisang untuk membungkus - potong selebar 8 inci dan di layur

Cara Menyediakannya:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Campurkan bahan yang dimesin dengan serbuk kari.
  3. Masukkan garam, gula, air asam jawa, daun kunyit, pati santan dan digaul rata.
  4. Bahagikan ulaman kepada 3 bahagian dan susun berasingan di atas daun pisang (untuk dijadikan 3 bungkus)
  5. Letakkan rempah yang digaul tadi di atas pucuk-pucuk ulam, diikuti dengan ikan.
  6. Tutup ikan dengan rempah dan ulam serta bungkus.
  7. Kukus sehingga masak ( lebihkurang 15 - 20 minit)
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


Mai Sepinggan!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...