Sunday 21 July 2013

PUDING ROTI KESUKAAN KU

Puding Roti...paling best puding roti ni ialah yang banyak kismis... ditambah lagi kalau sos nya yang pekat2 gitu, berperisa vanila ...

Puding Roti
Paling best Puding Roti ni ialah yang disediakan oleh Kak Yam, yang cafenya beroperasi dekat bangunan pentadbiran UKM ... dulu-dulu masa student selalu lepak2 sarapan, makan tengah hari dan  minum petang di sana. Sekarang ianya sudah tak ada lagi dan Kak Yam menguruskan kantin di wad Pediatrik HKL pula...

Jom buat puding roti resepi Kak Yam yang paling mudah....

Bahan-bahannya:

500 gm roti (roti kelmarin dulu kata orang Perlis)
125 gm gula pasir
125 gm kismis/ sultana ( aku tambah 5 aprikot yang dihiris2)- boleh guna apa2 buah
1/2 sudu teh mix spice
75 gm butter
2 biji telur
125 ml susu cair

Cara menyediakannya:

  1. Rendam roti dalam susu cair sehingga lembut.
  2. Pindahkan roti ke kaserol dan susun cantik-cantik ( lapiskan dengan kismis).
  3. Pukul telur bersama gula sehingga hancur dan masukkan ke dalam baserol.
  4. Pastikan roti  sebati dengan telor.
  5. Susunkan aprikot dantaburkan butter, gula pasir di atasnya.
  6. Bakar dalam ketuhar sederhana panas selama lebih kurang 1 jam.
Bahan sosnya:

1 sudu tepung kastad dicairkan  dengan 1/2 cawan air - kacau di atas api sehingga agak pekat dan masukkan 1/2 cawan susu ideal, 2 sudu gula dan 1/2 sudu teh vanilla...





Mai Sepinggan !!



Puding roti dan sos kastad/ vanila 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...